hmm...dok mengire2...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Go Tiger!! Go Tiger!!

10 Tahun Sebelum Merdeka

To our future young leaders in Malaysia

Wednesday, March 24, 2010

Papa-Mama-Razzi



Korang rase la, ape persamaan Lady Gaga dengan Marilyn Monroe, Elvis Presley, The Beatles, Lady Diana & Michael Jackson?

Agak-agak ada persamaan x?

Hangat 2010!: Sejak kebelakangan ini 'Taufan LaGa' (LAdy GAga) didapati telah melanda Malaysia, iaitu Negara Islamku yang tercinta ini..

Mula-mula tengok Taufan LaGa ni, memang very-very weird!

Ape yang tak peliknya? Kostum baju tah hape-hape! Kekadang terlebih kain kat bahagian atas, bawah pulak kurang kain. Kekadang bawah terlebih kain, kat atas lak yang kurang. Kekadang siap pakai 'niqob' tu...aku pong pelik! Topi pakcik wat toreh getah tu pong dia rembat jugak! Ish! Ish! Ish!..Korang tak pelik ke?

Tapi, artis pelik macam ni la yang remaja sekarang dok tergile-gile..tah hape yang depa teruja sangat tah..teruja pakai baju bubble-bubble kot? ke feel fantastic sebab ikat rambut gaye reben besar kat atas kepale? ataupun rase seronok pakai net kat muke ek? (x susah nak bernafas ke ko ni LaGa?)

Nak terguling tengok kostum pelik dia kat bawah nih..kahkah!! Misti kene tunduk je kepale mase masuk kereta, sebab atap kereta tu bukan tinggi sangat.hahaa!!



(Perhatian: Jangan tengok lame-lame)


(Perhatian: Jangan tengok lame-lame)


Pada pendapat aku, Makcik LaGa ni telah berjaya mengembalikan dan sedang melebar-luaskan era 'keseksian pelik tahap gaban' Marylin Monroe dan zaman ke'glamour'an wal kemasyhuran Elvis Presley, The Beatles, Michael Jackson dan juga Lady Diana.

Elvis Presley dengan style jambul yang digilai rakyat sedunia, aura kumpulan The Beatles yang tersebar luas sampai ke warung kopi, kepopularan Lady Diana yang penuh dengan 'kesopanan' dan kontroversi juga Michael Jackson 'White' yang tibe-tibe mati mengejut.



Rase-rasenye Queen Elizabeth pun takut-takut nak salam LaGa ni...seb baek pakai sarung tangan..huhu



Ada sebijik macam Alice In Wonderland x? hikhik..




Macam corak alas meja kat umah je...huhu..

Sori kepada sesiapa yang minat LaGa ni. Aku memang x minat langsung. Dolu-dolu tu boleh dipertimbangkan la..hehe

Britney Spears pong 'kalah' dengan Taufan LaGa ni rasenye sebab Britney xde 'kelainan' yang pelik selaen style seksi seperti kebanyakan artis laen. Tapi LaGa ni lain sebab dia berani aksi maut dengan melaram kostum-kostum yang orang laen tak sanggup nak pakai. Warga Indon yang kerja kontrak tu pong geleng kepale sebab kostum topeng depa dah kene ambik dengan makcik LaGa ni lak..huhu..sadiss..depa garu kepale sebab terpaksa create kostum laen..(ni ko punye pasal la LaGa!)


Petikan lirik 'Paparazzi' oleh LaGa

We're the crowd
We're cuh-coming out
Got my flash on it's true
Need that picture of you
It's so magical
We'd be so fantastical.....

c/o:
I'm your biggest fan
I'll follow you until you love me
Papa-paparazzi

Baby there's no other superstar
You know that I'll be your
Papa-paparazzi

Haa..yela tu. Paparazzi sangat. Tak ingat kes Lady Diana yang mati kene kejar Paparazzi?

Allahuakbarrr!!!

Wahai manusia yang dikurniakan akal waras oleh Allah swt untuk berfikir,
Sudah-sudah la dengan keglamouran yang ada kat dunia ni..Takde ke manenye..
Takkan nak angkut tropi-tropi 'Artis Tambahan Terbaik' ke dalam kubur nuu?? Malaikat tak hingin tanya drama mane yang kau menang la..

Beringatlah wahai manusia (termasuk diriku ini),
Malaikat Maut tu takkan miss 1 nyawa sekalipun. Kita terbang laju macam Formula 123 pong, Malaikat maut buleh kejar apatahlagi kelajuan 'Paparazzi' tuww...tu sebab kalau dah sampai ajal Lady Diana dengan Pakcik Dodi tu, drive laju sampai habis meter pong takkan terkejar dengan 'kelajuan' Malaikat Maut

Fikirkan bersama...

p/s: Kalau LaGa ade terbaca tulisan blog ini, ana dengan rendah hati ingin mengajak anda kepada kebaikan. Kalau LaGa tak faham, tolong translatekan untuk dia. Malas aku nk translate. Karang lagi dia tak faham.huhuu

3 comments:

Diana said...

salam... kipas angin.

Penulisan yang santai dan bersahaja. Sambil-sambil tu cuba menyentak minda dan menggasak jiwa. heheheh

Pernah jugak terfikir dulu bila tengok tv ada pertunjukan fesyen yg macam2..."ada ke org nak pakai macam ni?...Ish2...x malu ke?...selesa ke?..." maklumlah duduk kampung kan....

Tapi bila dah keluar dr kampung, gi ke bandar-bandar dan ditambahkan lagi dengan perubahan zaman ni...akhirnya jumpa juga orang2 yang suka pakai fesyen2 macam ni....

Fesyen tak salah kalau ikut norma dan syariat. Jadi masalah bila jadi kesusahan dan gangguan pd yang memandang. Ada juga fesyen ni yang membahayakan diri pada yang memakainya...terutamanya yang seksis2 tu...

Kipas Angin said...

salam kak d.

betol tu,memang amat membahayakan orang sekeliling. membahayakan iman, 'menggosok' nafsu & membahayakan fizikal.hehee...(klu dah pakai 'salur paip' kt kepale, org pong xleh nk dekat..huhuu)

kirenye pereka2 fesyen tu rase gembira la sbb baju pelik2 yg depa reka, si LaGa ni teruja nak memakainya. Otomatikeli mempromote hasil karya depa.

Sian ke LaGa. Jadi hamba pakaian ye? Designer2 tu buli ko la LaGa. Ko kene sedar siket...Jangan biarkan org membuli ko..hakhak!

Haikal Reza Nawwarah said...

dlm dunia haiwan mmg takde manusia tapi dlm dunia manusia mmg dah byk binatang b'akal.. cuma tak cukup syarat utk m'sihatkan akal tu... bila dah t'cemar.. mcm2 r hal tak elok yg dilakukan..
kalau nak difikirkan org baik @ org jahat ni ada di mana2..
tanpa mengira agama, bangsa atau latarbelakang keluarga...
cuma yg masalahnya bila kejahatan kita jadi punca org lain turut t'libat sekali dpt dosa..
aduhai... payahnya nak hidup di akhir zaman ni.
ujian nafsu bukan dicari2 tapi t'pampang jelas di depan mata..
lari kot sana elak kot sini.. jumpa jugak dgn benda yg sama...
alahai yg Allah... semoga selalu dikuatkan keimanan ni... amin..

Followers