hmm...dok mengire2...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Go Tiger!! Go Tiger!!

10 Tahun Sebelum Merdeka

To our future young leaders in Malaysia

Monday, March 29, 2010

Pemimpin 1 Malaysia (Sokonglah Saya Lagi!)

Khususan ila: Ibu-ibu, Bapa-bapa, Anak-anak, Kawan-kawan, Cikgu-cikgu, Jiran-jiran, Bos-bos dan semua rakyat Malaysia.

Dengar sini, ambo nak ghoyak sesuatu (betol ke bahse aku nis? Isk3!)

Kat mak aku yang berada di kampung tu, tulun dengar dulu ape yang YB ni nak gtau neh.

To all: bukak mata hati luas-luas. Pasang volume telinga tu tinggi-tinggi, biar clear. Pastu kalau rasa nak gelak guling-guling ko, nak meleleh air mato ko....sukoti ang la ye..

Aku: Hangin betol! Rase nak tarik telinga 'orang-orang yang berkenaan' pastu jerit

"Ko ni dah buang tebiat ke hape??!!!! Sian mak aku kat kampong tu tau dak!!"


Maleh la nak ngepek lebih-lebih. Tak yah r tengok background tempat ceramah tu. Dengo je ape yang dia nak sampaikan kat bawah ni. Nak tutup mata, tutup la tapi dengan syarat telinga bukak luas-luas





Laen hari aku ngepek lak k. Salam

Friday, March 26, 2010

Sempit | Jalang | Santau | Warrior

tekejut ade real-scene 'kenduri kekah'..sanggup perempuan tu?! Astaghfirullahhh!!!


hmm..tak suke tengok muvi ni. kotor sangat! tapi Maria dah nak bertaubat tu..lagi sikit je..hmm..aku pong kene solat taubat bebanyak jugak niss..


Dua muvi dah setel...tinggal lagi 2 muvi



huhuu...cam seram nk nengok..kene mandi bunge bebanyak ni..ahaks!!


yeahhh!!!

Korang jangan pelik lak aku dok layan muvi-muvi cenggini..de mase nanti kite sesame wat muvi critic keyh!

Thursday, March 25, 2010

(POLI)(MONO ) + gami



Sambedi knock me today:

"Tu gambar ape tu? No poligami?"

"Mano?"
"oooo"
" :D "

"Ish2"


Rileks...sampai mase, ana cite :D

Wednesday, March 24, 2010

Papa-Mama-Razzi



Korang rase la, ape persamaan Lady Gaga dengan Marilyn Monroe, Elvis Presley, The Beatles, Lady Diana & Michael Jackson?

Agak-agak ada persamaan x?

Hangat 2010!: Sejak kebelakangan ini 'Taufan LaGa' (LAdy GAga) didapati telah melanda Malaysia, iaitu Negara Islamku yang tercinta ini..

Mula-mula tengok Taufan LaGa ni, memang very-very weird!

Ape yang tak peliknya? Kostum baju tah hape-hape! Kekadang terlebih kain kat bahagian atas, bawah pulak kurang kain. Kekadang bawah terlebih kain, kat atas lak yang kurang. Kekadang siap pakai 'niqob' tu...aku pong pelik! Topi pakcik wat toreh getah tu pong dia rembat jugak! Ish! Ish! Ish!..Korang tak pelik ke?

Tapi, artis pelik macam ni la yang remaja sekarang dok tergile-gile..tah hape yang depa teruja sangat tah..teruja pakai baju bubble-bubble kot? ke feel fantastic sebab ikat rambut gaye reben besar kat atas kepale? ataupun rase seronok pakai net kat muke ek? (x susah nak bernafas ke ko ni LaGa?)

Nak terguling tengok kostum pelik dia kat bawah nih..kahkah!! Misti kene tunduk je kepale mase masuk kereta, sebab atap kereta tu bukan tinggi sangat.hahaa!!



(Perhatian: Jangan tengok lame-lame)


(Perhatian: Jangan tengok lame-lame)


Pada pendapat aku, Makcik LaGa ni telah berjaya mengembalikan dan sedang melebar-luaskan era 'keseksian pelik tahap gaban' Marylin Monroe dan zaman ke'glamour'an wal kemasyhuran Elvis Presley, The Beatles, Michael Jackson dan juga Lady Diana.

Elvis Presley dengan style jambul yang digilai rakyat sedunia, aura kumpulan The Beatles yang tersebar luas sampai ke warung kopi, kepopularan Lady Diana yang penuh dengan 'kesopanan' dan kontroversi juga Michael Jackson 'White' yang tibe-tibe mati mengejut.



Rase-rasenye Queen Elizabeth pun takut-takut nak salam LaGa ni...seb baek pakai sarung tangan..huhu



Ada sebijik macam Alice In Wonderland x? hikhik..




Macam corak alas meja kat umah je...huhu..

Sori kepada sesiapa yang minat LaGa ni. Aku memang x minat langsung. Dolu-dolu tu boleh dipertimbangkan la..hehe

Britney Spears pong 'kalah' dengan Taufan LaGa ni rasenye sebab Britney xde 'kelainan' yang pelik selaen style seksi seperti kebanyakan artis laen. Tapi LaGa ni lain sebab dia berani aksi maut dengan melaram kostum-kostum yang orang laen tak sanggup nak pakai. Warga Indon yang kerja kontrak tu pong geleng kepale sebab kostum topeng depa dah kene ambik dengan makcik LaGa ni lak..huhu..sadiss..depa garu kepale sebab terpaksa create kostum laen..(ni ko punye pasal la LaGa!)


Petikan lirik 'Paparazzi' oleh LaGa

We're the crowd
We're cuh-coming out
Got my flash on it's true
Need that picture of you
It's so magical
We'd be so fantastical.....

c/o:
I'm your biggest fan
I'll follow you until you love me
Papa-paparazzi

Baby there's no other superstar
You know that I'll be your
Papa-paparazzi

Haa..yela tu. Paparazzi sangat. Tak ingat kes Lady Diana yang mati kene kejar Paparazzi?

Allahuakbarrr!!!

Wahai manusia yang dikurniakan akal waras oleh Allah swt untuk berfikir,
Sudah-sudah la dengan keglamouran yang ada kat dunia ni..Takde ke manenye..
Takkan nak angkut tropi-tropi 'Artis Tambahan Terbaik' ke dalam kubur nuu?? Malaikat tak hingin tanya drama mane yang kau menang la..

Beringatlah wahai manusia (termasuk diriku ini),
Malaikat Maut tu takkan miss 1 nyawa sekalipun. Kita terbang laju macam Formula 123 pong, Malaikat maut buleh kejar apatahlagi kelajuan 'Paparazzi' tuww...tu sebab kalau dah sampai ajal Lady Diana dengan Pakcik Dodi tu, drive laju sampai habis meter pong takkan terkejar dengan 'kelajuan' Malaikat Maut

Fikirkan bersama...

p/s: Kalau LaGa ade terbaca tulisan blog ini, ana dengan rendah hati ingin mengajak anda kepada kebaikan. Kalau LaGa tak faham, tolong translatekan untuk dia. Malas aku nk translate. Karang lagi dia tak faham.huhuu

Tuesday, March 23, 2010

Aznil sertai kempen

Kempen Kami Prihatin yang dilancarkan oleh Utusan Malaysia mendapat sambutan beberapa penggiat seni tanah air. Di antaranya ialah Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira dan Adibah Noor yang telah menyatakan sokongan mereka.

Pada pendapat peribadi aku sendiri, penyelesaiannya mudah je. Back to Islam. Allah dah bagi penyelesaian tapi yang kite ni dok carik or create penyelesaian yang lain watpe?

Kalau rasa nak couple, jalan selamat ialah nikah.
Kalau rasa tensen, ngadu la kat Allah. Bukan ngadu ke pakwe or makwe...konfem x tenang ponn

Ngadu ke pakwe tula yang buleh jadi kes anak tak berayah. Masa seronok, ye same-same..pehtu bye-bye laa...masa tu la dok bengkak mate.xgune dah

Kalau Islam betul-betul dihayati dan dipraktikkan dalam setiap institusi keluarga, mana mungkin akan berleluasa masalah sosial sebegini? Semua main peranan. Keluarga, masyarakat setempat, pihak berkuasa, pemerintah..semua perlu praktikkan.

Islam - agama kesejahteraan. Allah dah bagi kesejahteraan kepada manusia. Yang dok pilih keserabutan tu kenape?

Islam - tak lah susah sangat nak ikut. Yang kita merumitkan perkara yang mudah kenape?

Islam - ada guideline yang perlu diikut. Yang kita maen sembrono ikut suke hati tu kenape?

So, kenape masih ragu-ragu? The choice is yours.

Believe it! Islam Is The Best Solution!


Friday, March 19, 2010

Story-Telling


Nantikan!!!

Panel tetap : Miss Amakusa Ary Sha & Cik Kipas
Panel Jemputan : Public
Tempat : kipasangin39.blogspot.com/label/bedah-buku/
Tarikh : to be confirmed

Lady Gagah!!


opsss!! cane 'makcik gagah' ni leh masuk sini laks??! huhuuu...

Wait n C!

Tuesday, March 16, 2010

Bila Diri Disayangi



Terdengar bisikan mesra
Kalimat keramat bermentera
Bermulanya siang, berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung, di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa
Keagungan kasih merubah taqdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru, ku ucap namaMu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan, Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayangMu
Ku berserah diri


Monday, March 15, 2010

Nisa Indoor Games @ Karnival Maulidur Rasul on 6 Mac 2010




Alhamdulillah. Hari tu aku suka sangat-sangat! Ada 2 sebab. Pertama, Allah bagi kesihatan yang baik pagi tu untuk tolong jadi urusetia (back-up Kak Ida). Back-up pong back-up jela...lalalala. Mekasih Kak Ida, naseb baik akak p Seremban. hekhekk!! Kedua, seronok letih & penat sebab buat program, bukan sebab baring or hanging kt komplek...termenung..wat keje xde faedah.

Rasanya Kak Ida takut-takut nak minta tolong kot. Tapi aku tahu bahagian teknikal memang biasa muka 3 orang ni jela - Kak Ida, Mek Jah & aku. Sian ke Mek Jah. Tapi pagiy tu, I sampai dulu tau Mek Jah..hehe...U kene belanje I. Kelam kabut I siap sebab nak kejar Kak Rin. Dia kalau dah siap, maen sedap je kuar rumah. Sat g aku terkebil-kebil sengsorang karang.huhuuu...sadisss..

Pagi tu takde la kabut sangat sebab program start kul 10. Tapi masa dah nak kul 10 tu, dah mula rase kabutnya. Ija (Irmi) wat keje sampai tak cukup lantai tapi tetap sopan..heheee...rasenye pakcik-pakcik Masjid tu mesti pelik, huhuu...nampak je muslimat, sat g kalu dah wat keje..macam the flash! hush hush...

Aku pong rase macam nak maen baling-sambut je wayor extension masjid tu dengan Mek Jah..hahaaaa!! sat g teruja lak pakcik-pakcik masjid tu..huhuu..sori pakcik! kihkih!

Pagi tu lepak dengan Kak Ina & Kak Syazni kat area tempat maen carom. Bile tanya, dua-dua dok menyengih.hmmm...paham la tu..pastu ade team bebudak yang nak maen futsal. Depa nak maen carom, saje je isi masa lapang. Kitorang pong join same. Depa siap tunjuk ajar lagi..Yang pasti, aku masih lagi tak faham ape kebende yang depa dok ngepek pagi tu...huhu...wateve. Bukan aku jadi pengadil pong. Hahaa!!

Anyway, bes layan korang (Team Nisa) !! Sampaikan tempat kitorang pong dah jadi macam rostrum lak, kan Mek Jah? Situ le tempat makan minum aku dengan Mek Jah (berapa kali bukak & lipat semula nasi lemak tu), situ la tempat nak bagi hadiah, situ la tempat nak tayang muvi Ketika Cinta Bertasbih...huhuuu...sampaikan tempat duduk aku pong depa maen sedap je letak hadiah. Dasattt... Tapi takpe, sume rilek-rilek belako!

TAHNIAH & credits kat korang (Kak Rin, Kak Yam, Ain Tinggi, Kak Haris, Kak Diana, Kak Lin, Mek Jah, Irmi, Juliza, Erwin, Kak Ina Saleh, Kak Syazni, Kak Haeirina, Zahara, Sarah, Kak Atiq, Habsah, Ct, Syuhada, Pengadil-Pengadil & sesiapa yang aku x sebut kat sini) & diri aku! Hahaaa!!



Sistem Pembelajaran Yang Berterusan


Hidup ini memang menuntut kita untuk sentiasa belajar. Bukan pembelajaran yang 'skema' (Maksud pembelajaran yang 'skema' tu bermula dari tadika-sekolah rendah-sekolah menengah-ipta/s...bla bla bla...). Tapi sebenarnya kehidupan itu sendiri merupakan subjek yang perlu dipelajari. Ujian-ujian atau cabaran-cabaran sepanjang kehidupan adalah silibus yang perlu diikuti. Silibus yang normal, bukan dicipta oleh tangan manusia, tapi 'tangan' Allah. Pelajaran-pelajaran 'skema' adalah sedikit nota-nota tambahan untuk melengkapi silibus yang dihadapi.

Tiba masa, apa yang dipelajari akan diuji. Sama juga dengan belajar di Universiti, akhir semester mesti akan ada peperiksaan bagi melayakkan diri ke semester seterusnya. Cuma ujian kehidupan lebih realistik kerana penilainya (Allah) yang akan menaikkan darjat hamba-hambaNya, sesuai dengan ujian yang diberi. Jika kufur, gagal. Jika syukur, Alhamdulillah lulus.

Setinggi mana pun ilmu 'skema' yang kita ada, kadang-kadang kita akan fail dengan ujian kehidupan yang Allah bagi. Tapi Allah itu Pemurah dengan kasih sayang. Dia takkan menghampakan hamba-hambaNya. Kita akan 'repeat' ujian itu tapi dalam keadaan yang berbeza. Allah akan tapis dan scan hati hamba-hambaNya.

Jika kita ikhlas, maka lepas. Jika tidak, beringatlah! Allah Maha Penyayang, Allah juga Maha Keras SiksaanNya. Allah jadikan syurga, Allah juga jadikan Neraka. Kita masih ada pilihan selagi 'talian hayat' masih dibuka.

Saturday, March 13, 2010

Thumbs Up!









New Formula

RM Kemaafan = RM Persahabatan

RM Persahabatan =/ RM Keduniaan

Perubahan & Ujian


Persahabatan,

Sikap seseorang takkan statik. Akan sentiasa berubah. Kalau bukan sekarang ini, mungkin esok, bulan depan, tahun depan ataupun 20 tahun akan datang. Who knows? Sebab, masa berubah, cabaran berubah, teknologi berubah, keadaan sekeliling berubah....Tiba masa, bila sahabat kita berubah sikap, terkadang kita sendiri akan terdiam. Beginikah?

Walaupun kita dah berbulan, even bertahun, hidup serumah, sekelas ataupun sebilik, tapi siapa yang berani kate, "Aku dah kenal tahap gaban member aku sorang ni."

Benar sikap seseorang takkan statik. Hal yang sama juga berlaku kepada seorang ibu. Seorang ibu takkan mungkin faham perubahan sikap anaknya jika dia memiliki mind-setting yang statik. Dan tak heran la kalau si ibu akan terkejut dengan perubahan sikap anaknya. Tiba masa, si ibu mungkin akan terjentik emosi dengan perubahan tersebut. Tak kisah la samada emosi yang positif atau negatif.

Ye, seorang anak akan berubah. Bila anak belajar di Universiti misalnya, segala apa yang dia pelajari, akan mengubah prinsip hidupnya. Maka, si anak akan berubah sikap. Mungkin dulunya seorang yang pemarah. Tapi setelah belajar ilmu 'kawal marah', si anak akan lebih cool. (Ilmu 'kawal marah' tu takde dalam silibus Universiti k..hehe..).

Aku masih ingat lagi bila ibu menegurku. Waktu tu, aku bagi alasan susah nak balik kampung sebab x de transport (memang jarang balik pong.huhuu...). Ibu mempersoalkan, "Dulu boleh je naik bas, ngangkut beg masa belajar,kenapa sekarang tak boleh?". Terdiam aku, berfikir seketika.

Bukan nak menyenaraikan pelbagai alasan tapi ketahuilah, dengan ruang masa yang ada, memang x sempat nak berlari kejar bas & tunggu bas. Waktu semasa belajar berbeza dengan waktu selepas belajar. Ke'lapang'an masa telah berbeza. Amanah & tanggungjawab telah bertukar.

Tapi, di sini bukan nak menyalahkan sesiapa. Bukan salah ibu, bukan salah sesiapa. Sebab diri sendiri juga tak terlepas. Cuma mohon pengertian dari semua dan mohon Allah sentiasa menyedarkan diri ini, supaya bersyukur dan kreatif dengan ni'mat yang ada.

Kita sendiri pun sedang dan akan mengalami perubahan yang sama. Kita takkan terlepas dengan ujian. Allah dah kate dah dalam Surah Al-Mukminun ayat 115. Cuma kita ni je, kene bijak menguruskan emosi dan akal sebaiknya untuk berdepan dengan ujian atau 'kerenah' tersebut.

Tiba masa bila kita diuji, BAGAIMANA MENDEPANI SITUASI INI?

Friday, March 12, 2010

Say 'Bye-Bye' to Polygamy


Hmm...any comments??

Kelas Pengajian Bahasa Arab



Pendidikan Al-Furqan membuka kelas pengajian Bahasa Arab di
1-G, Tingkat 7, Worldwide Business Park, Jalan Tinju 13/50,

Seksyen 13, 40100 Shah Alam



> Tempoh pengajian: 8 bulan (InsyaAllah boleh faham Al-Quran dengan syarat 'Jangan Ponteng Kelas')

Pengajian ini terbuka kepada umum

dan juga sesuai bagi sesiapa yang tiada asas Bahasa Arab



> Keistimewaannya: Tanpa perlu hafalan, tanpa kerja rumah, tanpa banyak menulis

Waktu belajar: Setiap Isnin & Rabu | 8.30pm-9.30pm| hanya 2 kali seminggu



Untuk preview, sila dengar radio ikim.fm

setiap Sabtu & Ahad (jam 6 pagi & ulangan pada jam 8 malam) oleh Ustaz Nasarudin (nasaruddin9@yahoo.com)

Pendaftaran : RM 100.00
Yuran bulanan : RM 100.00



Untuk makluman lanjut, sila hubungi:

Ustaz Fahmi Alkautsar (019-614 3361)


Jangan lepaskan peluang ini! Cepatlah mendaftar sekarang!


Gambar hiasan


Jom la kita berbahasa Arab!!!


Followers