hmm...dok mengire2...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Go Tiger!! Go Tiger!!

10 Tahun Sebelum Merdeka

To our future young leaders in Malaysia

Saturday, March 13, 2010

Perubahan & Ujian


Persahabatan,

Sikap seseorang takkan statik. Akan sentiasa berubah. Kalau bukan sekarang ini, mungkin esok, bulan depan, tahun depan ataupun 20 tahun akan datang. Who knows? Sebab, masa berubah, cabaran berubah, teknologi berubah, keadaan sekeliling berubah....Tiba masa, bila sahabat kita berubah sikap, terkadang kita sendiri akan terdiam. Beginikah?

Walaupun kita dah berbulan, even bertahun, hidup serumah, sekelas ataupun sebilik, tapi siapa yang berani kate, "Aku dah kenal tahap gaban member aku sorang ni."

Benar sikap seseorang takkan statik. Hal yang sama juga berlaku kepada seorang ibu. Seorang ibu takkan mungkin faham perubahan sikap anaknya jika dia memiliki mind-setting yang statik. Dan tak heran la kalau si ibu akan terkejut dengan perubahan sikap anaknya. Tiba masa, si ibu mungkin akan terjentik emosi dengan perubahan tersebut. Tak kisah la samada emosi yang positif atau negatif.

Ye, seorang anak akan berubah. Bila anak belajar di Universiti misalnya, segala apa yang dia pelajari, akan mengubah prinsip hidupnya. Maka, si anak akan berubah sikap. Mungkin dulunya seorang yang pemarah. Tapi setelah belajar ilmu 'kawal marah', si anak akan lebih cool. (Ilmu 'kawal marah' tu takde dalam silibus Universiti k..hehe..).

Aku masih ingat lagi bila ibu menegurku. Waktu tu, aku bagi alasan susah nak balik kampung sebab x de transport (memang jarang balik pong.huhuu...). Ibu mempersoalkan, "Dulu boleh je naik bas, ngangkut beg masa belajar,kenapa sekarang tak boleh?". Terdiam aku, berfikir seketika.

Bukan nak menyenaraikan pelbagai alasan tapi ketahuilah, dengan ruang masa yang ada, memang x sempat nak berlari kejar bas & tunggu bas. Waktu semasa belajar berbeza dengan waktu selepas belajar. Ke'lapang'an masa telah berbeza. Amanah & tanggungjawab telah bertukar.

Tapi, di sini bukan nak menyalahkan sesiapa. Bukan salah ibu, bukan salah sesiapa. Sebab diri sendiri juga tak terlepas. Cuma mohon pengertian dari semua dan mohon Allah sentiasa menyedarkan diri ini, supaya bersyukur dan kreatif dengan ni'mat yang ada.

Kita sendiri pun sedang dan akan mengalami perubahan yang sama. Kita takkan terlepas dengan ujian. Allah dah kate dah dalam Surah Al-Mukminun ayat 115. Cuma kita ni je, kene bijak menguruskan emosi dan akal sebaiknya untuk berdepan dengan ujian atau 'kerenah' tersebut.

Tiba masa bila kita diuji, BAGAIMANA MENDEPANI SITUASI INI?

No comments:

Followers