hmm...dok mengire2...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Go Tiger!! Go Tiger!!

10 Tahun Sebelum Merdeka

To our future young leaders in Malaysia

Monday, March 15, 2010

Sistem Pembelajaran Yang Berterusan


Hidup ini memang menuntut kita untuk sentiasa belajar. Bukan pembelajaran yang 'skema' (Maksud pembelajaran yang 'skema' tu bermula dari tadika-sekolah rendah-sekolah menengah-ipta/s...bla bla bla...). Tapi sebenarnya kehidupan itu sendiri merupakan subjek yang perlu dipelajari. Ujian-ujian atau cabaran-cabaran sepanjang kehidupan adalah silibus yang perlu diikuti. Silibus yang normal, bukan dicipta oleh tangan manusia, tapi 'tangan' Allah. Pelajaran-pelajaran 'skema' adalah sedikit nota-nota tambahan untuk melengkapi silibus yang dihadapi.

Tiba masa, apa yang dipelajari akan diuji. Sama juga dengan belajar di Universiti, akhir semester mesti akan ada peperiksaan bagi melayakkan diri ke semester seterusnya. Cuma ujian kehidupan lebih realistik kerana penilainya (Allah) yang akan menaikkan darjat hamba-hambaNya, sesuai dengan ujian yang diberi. Jika kufur, gagal. Jika syukur, Alhamdulillah lulus.

Setinggi mana pun ilmu 'skema' yang kita ada, kadang-kadang kita akan fail dengan ujian kehidupan yang Allah bagi. Tapi Allah itu Pemurah dengan kasih sayang. Dia takkan menghampakan hamba-hambaNya. Kita akan 'repeat' ujian itu tapi dalam keadaan yang berbeza. Allah akan tapis dan scan hati hamba-hambaNya.

Jika kita ikhlas, maka lepas. Jika tidak, beringatlah! Allah Maha Penyayang, Allah juga Maha Keras SiksaanNya. Allah jadikan syurga, Allah juga jadikan Neraka. Kita masih ada pilihan selagi 'talian hayat' masih dibuka.

No comments:

Followers