hmm...dok mengire2...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Go Tiger!! Go Tiger!!

10 Tahun Sebelum Merdeka

To our future young leaders in Malaysia

Wednesday, May 23, 2012

Islam sangat rileks ^_^

Franck Ribery Seorang Muslim (SEBARKAN~)

Dia dikenali sebagai seorang yang santun, rendah hati, dan rajin melaksanakan solat lima waktu, tidak kira di mana pun dan pada keadaan apa sekalipun.


Peminat bola sepak dunia, tentu sudah tak asing lagi dengan nama Franck Ribery,(nama islamnya Franck Bilal Ribery) yang kini bermain di kelab raksasa Bundesliga (Jerman), Bayern Munchen.


Begitu juga, dengan mantan pemain terbaik dunia asal Prancis, Zinedine Zidane, Nicholas Anelka (Chelsea/Prancis), Frederik Kanoute (Sevilla/Mali), Khalid Bouhlahrouz (Sevilla), Zlatan Ibrahimovic (Inter Milan/Swedia), Eric Abidal (Barcelona/Prancis), Kolo Toure (Chelsea), dan Yaya Toure (Barcelona). Mereka adalah pemain bola sepak yang beragama Islam dan menjadi ayam tambatan kelab mahupun negara masing-masing.


Berbeza dengan pemain bola sepak Muslim yang lain, yang terlebih dulu memeluk Islam, Franck Ribery justeru memeluk Islam setelah bermain di kelab asal Turki, Galatasaray, pada 2005. Secara singkat, Ribery mengatakan, dia memilih ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW ini kerana menemui kedamaian dalam Islam.


Baginya, Islam adalah sumber kekuatan dan keselamatan. ''Islam adalah sumber kekuatan saya di dalam dan di luar padang bola sepak. Saya mengalami kehidupan yang cukup keras dan saya harus menemukan sesuatu yang membawa saya pada keselamatan dan saya menemui Islam,'' kata Ribery.




Pasted link from: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=434378243241257&set=a.405254472820301.102495.405253092820439&type=1&theater

No comments:

Followers