Ya Allah, Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, Ya Allah...
Bertemu untuk mematuhi perintahMu, Ya Allah...
Bersatu untuk memikul beban dakwahMu, Ya Allah...
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, Ya Allah...
Maka pereratkanlah akan ikatannya, Ya Allah...
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...
Penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya rabbaniMu yang tidak pernah kunjung malap, Ya Allah...
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan serta tawakkal yang kuat kepadaMu, Ya Allah...
Hidupkan dan suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu, Ya Allah...
Jika Engkau mentaqdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu, Ya Allah...
Engkaulah Sebaik-baik Sandaran dan Sebaik-baik Penolong...
Wala khaulawala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim...
No comments:
Post a Comment