hmm...dok mengire2...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Go Tiger!! Go Tiger!!

10 Tahun Sebelum Merdeka

To our future young leaders in Malaysia

Tuesday, June 22, 2010

Jom Lepak!!!!!!


Dakwaan Ugut Bunuh



Pagi tadi saya sempat membaca berita di dalam sebuah akhbar bahawa seorang indiviidu yang dilaporkan mengetuai demonstrasi terhadap kerajaan negeri di Taman Permai Indah, Klang telah mendakwa kononnya menerima ugutan bunuh. Katanya satu laporan polis telah dibuat di sebuah balai polis di Klang.

Saya tidak tahu sama ada ugutan itu benar atau untuk menagih simpati atau kerana beliau kepanasan kerana rasa bersalah. Adalah lebih baik sekiranya siasatan pihak polis yang menentukannya.

Saya juga tidak tahu siapa yang begitu marah kepada penduduk tersebut sehingga mahu membunuhnya. Tetapi Taman Permai Indah adalah di antara 3 kawasan rumah kos rendah yang menerima bantuan membaik pulih lif dari Kerajaan Negeri. Saya telah menerima banyak permohonan dari kawasan-kawasan lain untuk bantuan tersebut. Taman Permai Indah amat bernasib baik. Kerajaan BN sebelum ini tidak menghulurkan bantuan sedemikian kepada penduduk. Menyelenggara dan membaik pulih lif adalah tanggungjawab penduduk, bukan Kerajaan Negeri. Tetapi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor begitu prihatin mahu membantu rakyat.

Oleh itu, saya tidak hairan jika ada orang di Selangor yang begitu marah kepada penduduk yang mendakwa menerima ugutan itu. Kerajaan Negeri telah memilih kawasan tersebut untuk dibaik pulih tetapi satu demonstrasi telah diadakan terhadap Kerajaan Negeri kerana projek membaik pulih itu terlewat sedikit. Penduduk rumah-rumah kos rendah lain di Selangor yang tidak dibantu oleh Kerajaan Negeri sudah tentu akan marah kepada beliau. Malah ada pihak yang berkata Kerajaan Negeri membuat kesilapan membantu Taman Permai Indah kerana banyak lagi kawasan perumahan kos rendah yang boleh memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri. Kawasan-kawasan itu sepatutnya dipilih oleh Kerajaan Negeri.

Walau bagaimanapun, saya yakin hanya segelintir penduduk sahaja yang termakan dengan hasutan mereka yang mahu mempolitikkan isu membaik pulih lif itu. Sebelum ini hampir semua lif di kawasan tersebut tidak dapat digunakan. Sudah tentu seorang yang waras akan berterima kasih dengan usaha-usaha Kerajaan Negeri ini walaupun kerja-kerja membaik pulih tersebut terlewat sedikit.

Kerajaan Negeri pula begitu adil kerana Taman Permai Indah bukan berada di dalam DUN Pakatan Rakyat. Bantuan diberikan di atas dasar keperluan bukan di atas pertimbangan politik sepertimana di zaman Barisan Nasional.

Saya telah mengumumkan akan membentuk satu jawatankuasa penyiasat untuk menentukan sama ada kecurian dan kerosakan kepada alat-alat ganti lif-lif itu adalah satu tindakan sabotaj. Saya yakin penubuhan jawatankuasa ini akan menyebabkan sesetengah pihak merasa panas.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Kerajaan Negeri Selangor
19 Jun 2010

edited by Kipas Angin

Bersanding : Salah ke?

Tidak dinafikan salah satu 'kemestian' dalam perkahwinan masyarakat kita ialah majlis persandingan di atas pelamin. Malah ramai yang beranggapan tidak sempurna majlis perkahwinan tanpa persandingan.



Sekadar gambar hiasan


Perlu dijelaskan bahawa budaya bersanding tiada dalam Islam, ia budaya ikutan daripada adat Melayu lama atau Hindu.

Sebenarnya tidak ada cacat celanya kalau berkahwin tanpa bersanding. Ada juga yang buat pelamin di dalam bilik pengantin secara tertutup di hadapan ahli keluarga sahaja.

Walau bagaimanapun, penggunaan pelamin adalah harus tetapi sewajarnya memenuhi syarat-syarat tertentu, antaranya:

1-Tidak membazir dan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk.
2-Tidak memperlihatkan aurat dan perhiasan kepada bukan muhrim.
3-Tiada pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa kawalan.
4-Tiada unsur khurafat.

Berusahalah untuk menjaga syariat agama walaupun pada saat bergelar raja sehari untuk mengukir kenangan terindah sekali seumur hidup. Hidup bersyariat membawa keberkatan dalam alam rumah tangga.

Walau apa jua yang bakal diperkatakan orang di sekeliling yang tidak memahami urusan agama, namun kita perlu tetap berpegang teguh dengan syariat yang lebih berhak diutamakan.

Baginda S.A.W. bersabda, yang bermaksud:
"Sesiapa yang telah bernikah, maka dia telah melengkapi separuh daripada agamanya dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh lagi' (Riwayat At-Tabrani & Al-Hakim)

sumber: Majalah Solusi, Isu No. 20

to be continue....

Sunday, June 13, 2010

Besnye jadik budak kecik yang menurut kata

AKU TAKKAN MENANGIS

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang
Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di
kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan
beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak
keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu
menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu
kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama
kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi
meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan
itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa
pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan
memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga"
ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai
jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke
mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun
gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan
mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak
itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya
sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu
itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya
daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini
diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya
pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini
hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang
paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan
ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun
sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan
seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya
keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak
matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga
menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan
hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk
terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada
anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng
ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng
ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan
terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik,
maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang
paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup
pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan
tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat
asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang
menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat
alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak
disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya
ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula
yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada
anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu
anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang
seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan
memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!


>>>>>>>> BAGAIMANAKAH KITA YE? ..........

Alhamdulillah...baby girl =)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Pagi tadi, aku, imma, kak kip & b mai ziarah Kak Hawa kat Poliklinik SALAM, Shah Alam. Kak Hawa selamat melahirkan baby girl dengan berat 2.77kg pada hari Sabtu (12 Jun 2010) jam 5.34 petang.

Before sampai kat SALAM tu, merayau-rayau sat, mencari hadiah untuk baby kecik :) miaww miawwwwww.... part ni yang aku sukerrrr sekali.ngeee ngeeee :D

Dan akhirnya...tadaaaaaa....


bantal kepale n bantal pelok untuk si kechik =D


mase parking kat depan SALAM tu, pause jap, karang ayat kat wish-card

..........
ting tong! dah siappp!

naik lif ke tingkat 2, mencari bilik No. 231
Sampai depan bilik, tetibe:
"Kak Fara dah gtau husni ke kite nak datang?"

oppppppsssss......hahaaaa kantoiii :D

cepat-cepat kol husni:
"....err...kami nak datang buleh?" (soklan cover)

"datanglah"

yeaaaaaa!!!!!!!!!!! heheee....
opp opp....tunggu jap kat luar dalam beberapa second, pastu baru ketuk pintu...hahaaaa :D

dah! dah! ape aku ngepek nisssss???!!


ok.dengan baik hatinya, ini gambar baby girl kak hawa & husni yang namanya masih lagi rahsia...kihkih!


susah wooo nak nunggu dia bukak mate..



ok bebeh...siket je lagi mate tu nak celik luas-luas...



oppp...terkatup balik mate dierrr..huhuuu



yeaaaa!!!! bukak dah :D




~ Terima kasih kepada Kak Hawa, Husni & mak Husni kerana sudi menerima kunjungan kami dan melayan kerenah kami yang ntah hape-hape nissss...hehee ~


Kak Hawa discharge tengahari tu, then ke Perak. Berpantang di sana
~ Selamat berpantang ye Kak Hawa. Jangan lupe mai ofis lepas 3 bulan taww...waa waaaa...hahaaa ~

;D

Saturday, June 12, 2010

Kenape Kipas????? :D

Sebaaabbbb.....bukan ekon laa..adoiiii



hehee...ade yang bertanya: "Kenape pilih kipas angin ek?"

Fine. Ade sebab aku pilih kipas angin. Rentetan cite kisah silam...

Al-kisahnye, mase tu join program motivasi. Kakak fasi tu bagi arahan, cari 1 benda di sekeliling anda yang menggambarkan diri anda sendiri. Pehtu cerita la kenapa pilih benda tersebut.

Belek punye belek...pusing punye pusing...termenung kejap...aku dapati sebuah kipas angin berada paling berdekatan dengan aku. Apelagi, 'beliau' telah terpilih untuk menjadi 'role model' aku sampai la ni...hahaaa


? : Ade ape dengan kipas angin?

J : Of kos ade ape-ape dengan kipas angin. Kipas angin memberi banyak manfaat pada manusia dan sekelilingnya. Tak percaya?

Selain berguna @ bermanfaat pada manusia, kipas juga bermanfaat kepada yang memerlukannya..ni melalui pengalaman sendiri la ni...

> Contohnya mase nak buat kueh raye..hehee....Kan biasanya kalau nak bagi sejukkan siket kueh raye selepas dibakar untuk dimasukkan ke dalam balang or peti sejuk, kene bagi kipas siket supaya tak terlalu panas kan?

> Tambah lagi, kan kipas selalu digunakan untuk mengeringkan kasut sekolah yang telah di'spin' dalam mesin basuh?

> Kan kipas diletakkan dalam CPU untuk menyejukkan komputer supaya tak meletop?

See? Banyak manfaat dier kan? heheee :D


? : Pesal cite bab 'manfaat' lak ni?

J : Ye la... Asy-Syahid Imam Hasan Al Banna ade highlightkan, untuk membentuk, membina, menzahir dan melahirkan peribadi seorang muslim (belum lagi tahap mukmin), ade 10 ciri iaitu

1- Aqidah yang bersih.
2- Ibadah yang sahih (benar).
3- Akhlaq yang mantop.
4- Fizikal / Jasmani yang kuat. Dalam erti kata lain, sihat tubuh badan.
5- Berilmu pengetahuan / Cerdas / Pintar
6- Kuat mujahadah
7- Menjaga waktu
8- Bersistematik
9- Mampu bekerja dan berusaha
10- Bermanfaat kepada orang lain

So, sebab tu la aku pilih kipas angin sebab ia memberi manfaat kepada orang lain. Dalam hati berkata: "Semoga Allah istiqomahkan aku di jalanNya untuk memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang laen. Amiinn"

* Moga Allah 'pandang' diriku yang kurang pahala ini.
* Moga Allah melembutkan hati aku yang liat dan keras ini dengan sikap memberi.
* Moga Allah menilai pahala-pahala dari sikap memberi ini untuk disedeqahkan kepada arwah ayah, mak, kakak-kakak, adik-adik, orang-orang yang tersayang serta kaum muslimin muslimat seluruhnya. Moga 'pembahagian' ini membantu seadanya.
* Moga sikap memberi ini menampal dosa-dosa yang sengaja dan tidak disengajakan.
* Moga menjadi 'denda' terhadap perbuatan-perbuatanku yang nakal.

Keciknye diriku ini....mmmmmmm

Followers