hmm...dok mengire2...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Go Tiger!! Go Tiger!!

10 Tahun Sebelum Merdeka

To our future young leaders in Malaysia

Tuesday, June 22, 2010

Dakwaan Ugut Bunuh



Pagi tadi saya sempat membaca berita di dalam sebuah akhbar bahawa seorang indiviidu yang dilaporkan mengetuai demonstrasi terhadap kerajaan negeri di Taman Permai Indah, Klang telah mendakwa kononnya menerima ugutan bunuh. Katanya satu laporan polis telah dibuat di sebuah balai polis di Klang.

Saya tidak tahu sama ada ugutan itu benar atau untuk menagih simpati atau kerana beliau kepanasan kerana rasa bersalah. Adalah lebih baik sekiranya siasatan pihak polis yang menentukannya.

Saya juga tidak tahu siapa yang begitu marah kepada penduduk tersebut sehingga mahu membunuhnya. Tetapi Taman Permai Indah adalah di antara 3 kawasan rumah kos rendah yang menerima bantuan membaik pulih lif dari Kerajaan Negeri. Saya telah menerima banyak permohonan dari kawasan-kawasan lain untuk bantuan tersebut. Taman Permai Indah amat bernasib baik. Kerajaan BN sebelum ini tidak menghulurkan bantuan sedemikian kepada penduduk. Menyelenggara dan membaik pulih lif adalah tanggungjawab penduduk, bukan Kerajaan Negeri. Tetapi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor begitu prihatin mahu membantu rakyat.

Oleh itu, saya tidak hairan jika ada orang di Selangor yang begitu marah kepada penduduk yang mendakwa menerima ugutan itu. Kerajaan Negeri telah memilih kawasan tersebut untuk dibaik pulih tetapi satu demonstrasi telah diadakan terhadap Kerajaan Negeri kerana projek membaik pulih itu terlewat sedikit. Penduduk rumah-rumah kos rendah lain di Selangor yang tidak dibantu oleh Kerajaan Negeri sudah tentu akan marah kepada beliau. Malah ada pihak yang berkata Kerajaan Negeri membuat kesilapan membantu Taman Permai Indah kerana banyak lagi kawasan perumahan kos rendah yang boleh memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri. Kawasan-kawasan itu sepatutnya dipilih oleh Kerajaan Negeri.

Walau bagaimanapun, saya yakin hanya segelintir penduduk sahaja yang termakan dengan hasutan mereka yang mahu mempolitikkan isu membaik pulih lif itu. Sebelum ini hampir semua lif di kawasan tersebut tidak dapat digunakan. Sudah tentu seorang yang waras akan berterima kasih dengan usaha-usaha Kerajaan Negeri ini walaupun kerja-kerja membaik pulih tersebut terlewat sedikit.

Kerajaan Negeri pula begitu adil kerana Taman Permai Indah bukan berada di dalam DUN Pakatan Rakyat. Bantuan diberikan di atas dasar keperluan bukan di atas pertimbangan politik sepertimana di zaman Barisan Nasional.

Saya telah mengumumkan akan membentuk satu jawatankuasa penyiasat untuk menentukan sama ada kecurian dan kerosakan kepada alat-alat ganti lif-lif itu adalah satu tindakan sabotaj. Saya yakin penubuhan jawatankuasa ini akan menyebabkan sesetengah pihak merasa panas.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Kerajaan Negeri Selangor
19 Jun 2010

edited by Kipas Angin

No comments:

Followers