hmm...dok mengire2...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Go Tiger!! Go Tiger!!

10 Tahun Sebelum Merdeka

To our future young leaders in Malaysia

Monday, December 1, 2008

Maria @ Bertha Hertogh @ Putih @ Nadra Ma’arof



“Saya akan mendidik Maria dengan agama Islam bila dia tinggal bersama saya. Adelaine bersetuju?”
“Saya tidak keberatan Cik Aminah. Saya sendiri dibesarkan oleh ibu dalam suasana agama Islam. Malah abang kandung saya Soewaldi beragama Islam. Walaupun saya Katolik, saya rela Maria dibesarkan dalam agama Islam. Saya rela.”
“Betul, Adelaine?” tanyanya dengan tegas.
“Betul, Cik Aminah,” jawabnya tegas juga.
“Baguslah tu,” Nor Louise mencelah. “Saya pun setuju,” sambungnya.


Maria dibesarkan dengan kehidupan sebagai Nadra. Dia dipakaikan baju kurung, dihadiahi telekung, diajar mengaji, bertadarus dan bersolat, dikhatankan, dihantar ke sekolah melayu, ditanam dengan unsur keIslaman dan keMelayuan yang kuat. Rajin berpuasa walaupun ditempatkan di York Hill (Rumah Kebajikan Masyarakat) bersama-sama dengan remaja-remaja yang bermasalah. Namun, takdir Allah mengatasi segalanya....

‘Unsur-unsur’ yang ditanam oleh Aminah Mohamad (ibu angkat yang membesarkan Nadra dengan budaya timur dalam kehidupan sebagai Muslim), Mansoor Adabi (suami Nadra – berkahwin ketika usia 13 tahun), dan Zainon (rakan karib di Terengganu) di‘tenggelam’kan oleh pengaruh Adelaine Hunter (ibu kandung Maria), Adrianus Petrus Hertogh (bapa kandung Maria), Arthur Locke @ Tuan Locke a.k.a Tiger Locke (Pegawai Pentadbiran Bahagian Timur Terengganu), dan Johan Geradus Wolkenfelt (suami Maria - selepas Nadra pulang ke Belanda).

Walaupun Nadra baru berumur 13 tahun, namun corak pemikirannya mengatasi umurnya yang sebenar (terkesan dengan hasil didikan Islam).

Nekad!!!!!

“Saya tidak akan pulang tanpa Maria” – Adelaine
“Bawa balik Maria” – Adrianus

'Maria perlu mendapat keizinan daripada ayahnya untuk bernikah kerana usianya masih di bawah 16 tahun. Undang-undang Belanda memisahkan Nadra dari Mansoor Adabi'.

(Siaannn Mansoor..frusssttt...hihiii :D )

Well..ini buku the latest yg sy baca. Tak sepenuhnya pong, main lompat2 (punyer ler tak sabow..hehe). Bes cite ni. Terkejot jugak mase bace Prolog kt hadapan buku tu...macam mane Maria boleh rase cam nak tembak jer suami dia..??

"Tolong jangan ganggu saya lagi. Kalau memang ibu dan ayah sayangkan saya, biarkan saya di sini bersama suami saya. Lagipun saya tidak akan dapat mengasihi ibu, kerana saya adalah anak yang telah ibu serahkan kepada orang lain,"

"Saya sekarang seorang Muslim. Saya telah buat ketetapan. Saya akan tetap tinggal bersama suami saya,"


Bila Maria dibawa pulang oleh ibunya, dihantar ke biara The Good Shepherd, alunan Quran diganti dengan alunan piano dan lagu-lagu kerohanian biara sambil dikelilingi dengan biarawati-biarawati, diajaknya berlutut dan bermunajat di hadapan patung Virgin Mary....anak yg diasuh dengan ajaran Islam telah bertukar watak. Salah siapa?

Kes Nadra ni pernah menjadi isu satu masa dahulu.


ATAS NAMA CINTA - mereka telah menuntut hak untuk memilikinya kembali..
ATAS NAMA CINTA - mereka telah memisahkannya daripada manusia yang sangat
dikasihinya pada suatu masa dahulu...
ATAS NAMA CINTA - mereka telah merampas kebahagiaan dan menghapuskan
keyakinannya terhadap kehidupan...
ATAS NAMA CINTA - mereka telah menyebabkan dia kehilangan dirinya sendiri...


Wallahua'alam..

No comments:

Followers